Feb 14, 2011

Makan + Karok = Ohh La La.... :)

Aha!! Karaoke (karok) ni memang dah jadi macam hobi masa lapang gitu.... Hati Jumaat  (11 Feb ) memang tak ada kelas. So SyuSyui mula-mula ajak pergi makan je. Ok fine la kan, kita orang pun pergi makan kat sek. 7 kat kedai Wak Dol Kopitiam... Tengah2 makan tu boleh pulak terkeluar idea nak pergi karaoke.. Memang nak arr!! :) So kita orang pergi kat area Bintang tu gak then karok sampai lebam.. Mula-mula ambek 15 lagu je, pastu Ima dengan semangatnye ajak tambah lagu lagi 5... Perggghh... Boleh tahan gak kan Ima.. :) Ala.. Sekali sekala apa salahnya kan... Enjoy2... :) Tapi tu lah, seharian penatnya macam pergi kelas hari Rabu je (dari pagi smpai malam punya kelas).. Apa lagi, kaki pun dah sakit-sakit la.. heeheh..Ok lah, korang tengok je lah gambar-gambar and  video kami semua karok ok! Toink! Toink! :)

Sing Sang Song


Faizal Tahir pny lagu dinyanyikan oleh Ika.. :)


Bleh tahan gak makanan kat sini..



Macam-macam jenis air.. heheeh
Aku, Ika and Ima makan chicken chop.. :)

SyuSyui makan nasi goreng ape tah ni.. heeheh

Miza makan Soto.. yumyum!




Jom kita start makan ok! :)










Enjoysss... :) ToinkPeace!

Modul Oh Modul

Fuhh!! Assalamualaikum!!! Jawab! tak jawab dosa tau! :) 
Dua hari ni, saya kena pergi modul la kawan-kawan. Modul ni macam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) and dengar2 ceramah camtu ar.. Bukan tak seronok, cuma bila buat hari sabtu ahad ni macam slow sikit RAM ni... hahaaha.. Maklum la, tak dapat balik rumah, hang out, or maybe bagi yang ada couple tu nak dating pun tergendala. Patut la saya tak ada boy friend (currently). hahahaha... Well, what I would like to share regarding the Modul thing is on Saturday, which is 12 Feb, kita orang ada LDK, and i am in the group 11. :) Nasib baik ada juga geng dengan Ika, and Sara Radi. Maklum la, campur seq and part 4 pun ada.. Saya part 2 baru.. kikiki.... Brw, sangat enjoy duduk dalam group ni. Ingatkan membosankan, nasib baik lecturer tu best... Sepanjang hari geeellaaaakkk je! Sampai nak termuntah.. Well, saya ada satu video group presentation from 1 of the group on that day. Kalau anda berada ditempat kejadian, confirm gelak sakan!! Dijamin!! Sakit perut saya gelak2 tau.. heheeh...


                                                                                     


Hari Ahad pulak kita orang ada lagi Modul 6 ni.. Tapi half day je lah. Pukul 11 pagi dah habis dah. Nasib baik habis awal. Dengar ceramah je pun, so memang tak la nak concentrate kan.. heheeh.. Toink! Toink!

Mana-mana pun bleh je snap2 pix kan SyuSyui.. :P



                                                       Me, SyuSyui anda Ika.. :)









Apa-apa pun, Modul 2 sedang menanti pula in this 26 Feb 2011.. Again..... :)  Chaiyok!!
Toink!Peace!

Photoshoot Invited By Poong and The Gang

Ok, first of all... Saya ni bukan model. Photoshoot ni just for fun coz my fwen ni sibuk sangat nak tangkap gambar saya.. (cam artis pulak) heeheheh..  Photoshoot ni kita orang buat kat Jelatek.. Kat longkang besar bawah jembatan berdekatan stesen LRT Jelatek.. Kat bawah tu kan ada orang buat Graffiti apa sume tu kan.. So hari tu Photog yang ada dalam 4 orang je which is Meen, Pie, Faris and Erol.. Talent yang lain Anne dengan Izza.. So malas nak citer lebih, tengok je la beberapa gambar yang ada ni ok.. :)







                                                      First time rasa pendek je saya.. :)



                                                                Meen and Pie Pong.. :)





            Talent : Anne and Izza 



   Meen ni member masa Diploma till now.. She's my roomate..  :)


                                                                Faris dan Erol juga.. :)








Ok, papai... Toink! Toink!




Feb 13, 2011

Perasmian SUKOL UiTM

Sekaran jam tepat pukul 3.30pagi.. And i'm still awake.. Esok nak pergi modul pulak.. Malasnya...... Kenapa la wajib pergi modul eh.. heehehe..Btw, td ada acara perasmian Sukan Antara Kolej (SUKOL) kat stadium UiTM. Hmm.. Meriah juga... Warna warni semua kontingen yang mewakili kolej masing2... Macam2 style dan gaya tersendiri lah katakan... Yang paling menarik hati saya tadi kolej Teratai... Best sangat persembahan mereka... Tadi perasmian je.. Belum start sukan lagi.. Koleh Teratai menang tempat pertama acara perbarisan tadi, Kolej Melati (kolej saya duduk sekarang) tempat ke-dua.. Bangga siottt.... :P Hhahaha.. poyo je, padahal bukan nye wakil apa pun... Tapi atleast bagi juga support kat my Kolej td.. Nak tercabut gak la anak tekak ni bersorak... :) Nak citer panjang pun nanti tak habis jugak... Nah, tengok la serba sedikit video ni suasana kat stadium tadi ok.. Tapi sorry la ek, video ni tak jelas sangat.. :( hhmm.. K lah, esok ada modul, nak off dah.. nak ZZZzzzzz... takot tak terjaga pulak lagi nanti... Papai.. :)
Toink! Toink!
                                                            TARIAN PEMBUKAAN


                                                                             








Feb 10, 2011

I love Graphic Class!! :)

Fuhh!! Class grafik sem ni best gak! Lecturer yang mengajar sangatlah penyabar tahap gaban punya!! ehehee
Dr. dengan Encik Mansor sangat baik hati n terlalu baik untuk mengajar kami semua tentang grafik terutama time nak aplikasikan guna photoshop. Kejap2 orang tu panggil, kejap2 orang ni panggil.. then ada yang lambt, ulang balik.. Tak marah pulak tu.. Lagi senyum n gelak2 adalah.. :) Happy je masuk kelas grafik. Tak tension, tak takut tapi seronok, Feeling macam ni la baru best nak belajar. Rasa tenteram je. Few week ago belajar buat super impose. Sangat bes!! Best gila arh!! lawak pun ada... Kawan2 punya hal pun boleh jadi gelak jugak.. Ada yang nak jatuh kerusi, ada yang da jatuh pun ada... Nak gelak tapi ku tahan jebat! ehehehehee.... So, hasil setelah belajar buat superimpose tu boleh lah dilihat kat bawah ni ha.. Tak de la cantik sangat. Sebab baru belajar je .. heheheeheh.... Jagan gelak ok.. Kalau nak gelak juga, gelak dalam perut je tau.. Toink! Toink! :)


                                                                         BEFORE


                                                                   
                                                                          AFTER

Darjat dan Keturunan? Penting sangat ke??

hhmm... Jadi tanda tanya sikit dalam kepala otak saya ni. Ada juga lagi orang yang memilih keturunan kan dalam mencari pasangan hidup. I mean bukan la tak bagus pilih keturunan tu. Cuma bila difikirkan balik, mesti ke kita tengok keturunan macam asal dari kelantan ke, kedah ke, terengganu ke. Hmm ingat kan orang dulu-dulu je yang macam ni, rupanya zaman sekarang yang dah moden ni pun ada jugak orang macam tu ek... so weird....

Bukan apa, ada satu perkara saya terfikir. Kalau lah ada sepasang kekasih ini bercinta, cinta punya cinta bagai nak rak tiba2 keluarga salah satu pihak tak suka sebab hanya asal keturunan kedah (contoh je). Pastu tak ke kesian mereka yang bercinta tu.. Dah macam cinta terhalang dah kan? Kalau both pasangan tu boleh putus kan hubungan secara baik tak apa lagi, kalau masing2 ta kboleh terima then laki tu bawa lari perempuan tu tak ke susah??Perlu ke putuskan hubungan orang yang saling menyayangi tu? Tak bahagia ke bial tengok anak dia bahagia? Perlu sangat ke tengok darjat n keturunan ni ek? Apa-apa pun, saya sangat tak setuju dengan orang yang berfikiran macam ini...sigh~~

Jan 20, 2011

Masa untuk jaga hati sendiri...

 Sibuk punya pasal sampai tak ada masa nak update blog ni... lama jugak tak publish new post ni... so hari ni nak kongsi skit..
haish.... setelah sekian lama, akhirnya aku boleh lepaskan perasaan aku pada yang lepas.. Memandangkan aku dah boleh lupakan apa yang dah lepas, so i will try my best to manage my life... :) Well, sekarang sekurang-kurangnya ada hamba Allah yang muncul n dapat bantu aku lupakan masa lepas... Thanks ALLAH...