Mar 23, 2011

Family Day & Camp MC228 2011 ( Part I )

Ok, tengah-tengah malam ni elok la jugak kot nak update moment-moment baru... :) Ceritanya hari ni nak citer la skit sepanjang 3 hari saya join family day MC228 hari tu (18-20 March)... Kami semua dari sequence Communication Management & Policy (MC228)... So yang join event ni semua budak2 MC228... Memang rock habis lah... Semua sporting2 belaka.... Event ni buat kat Nasuha Herbs di Muar Johor... Best juga tempat tu...
berkumpul sebelum bertolak ke Muar

beg kena besa yer kawan2..

otw tu, dalam bus pon bole bergambo.. :)

kamilah MC228

Si Kacak-kacak

syoknye dia peluk natang tu.. heheeh

ZZZZzzzzzZZZzzz..

mimpi indah da....

chumyl dia tdo... hikhihkhik

ZZZZzzzzzZZZ...

budak paling nakal tdo... :) (terbaik)

sape la gi sumbat kat hidung dia.. sian2..

ima tito lama.. :)


dibawa ke atas menaiki satu lori khas... eh, lori ke ek?






Kita orang gerak ke sana pagi Jumaat pukul 8 pagi cam tu la... Sampai sana around 12tgh cam tu la... Smpai je sana kita orang makan then dengar briefing and amek kunci bilik then rehat2 jap...  Petang tu ada aktiviti masuk hutan.. Just ronda-ronda sekitar kawasan hutan Nasuha tu je menikmati keindahan alam... :)

dah nak dekat2 sampai dah ni...

cantik tempat ni..


makan tengahari kat sini!


ika cukup suka bab makan.

sebelum makan kita posing dlu ok!


sedap makan..

senior...

icad n miza.. :)

weewiitt!!

awek cun! aku memang pantes! :)


bersama budak nakal...

makan makan makan

bersama mira aka zakiah anas.. :)




ika lentok kat sapew tuw..
 

ni lah bilik penginapan kami.. selesa.. :)




 Ok, lepas dah rehat2, jom masuk hutan!! sebelum masuk hutan kenalah buat senaman ringan sikit kan kan kan.. :) Ayoh!!! :)







 









cheeeesss....

jom jalan-jalam masuk hutan!









Lepas ronda-ronda, ada aktiviti main air pulak.. Semua orang masuk dalam tasik(tak tau nak ckp tasik ke sungai) berendam dalam tu.. :) Best gak arh... Saya je tak turun atas sebab-sebab tertentu.. Ruginya tak dapat join... :( 



ready nak masuk air dah depa ni..

ika, mira n isyad ready nak masuk air!!

fun!
syok abes!!

Ha, malam tu pulak ada aktiviti berkumpulan... Kita orang dibahagi kepada 5 kumpulan.. Aktiviti dia kena bina sebuah jambatan yang mempunyai satu corner yang  melengkung.. Ingat senang ke nak buat jambatan ni... Pakai surat khabar pulak tu tau... Group saya telah berjaya menggerakkan kereta control tu untuk lalu seingga ke garisan penamat ... Group yang lain ada?? Tak da tau.. hahaahha..... Belagak kejap.. :P

Lepas dah habis sesi aktiviti kumpulan tu lewat malam sikit macam biasalah mesti ada sesi masuk hutan tengah-tengah malam punya... Lama gak, dalam 2 jam macam tu la.. Dorang kata sonok tapi tak tau la best ke tak sebab saya tak dapat pergi... Paham-paham je lew.. :) Ok, tengok lah gambar-gambar yang ada ni ok... Untuk video-video aktiviti ni nanti akan diupload kemudian... Enjoyzz.. :)


ADA LAGI MOMENT-MOMENT LAIN! NANTIKAN... :)


Mar 21, 2011

Wedding My Cousin

Rindunya nak update blog ni.... Hmmm. Minggu lepas merupakan minggu yang sangat buzy... Banyak benda nak buat sampai nak manja-manja dengan blog pun tak sempat... hehehe.. :)  Ok, hari ini agak free sikit... So nak update lah moment-moment baru... :)

 Ha! Minggu lepas which is 12-13 March 2011 saya telah pulang ke kampung di Kedah sebab ada kenduri kahwin cousin... Memang balik dengan keadaan kelam kabut lah... Dah lah wedding hari Ahad tu, hari Sabtu baru kita orang satu family gerak balik kampung...Kenduri kat kampung ni sangat berbeza kalau nak compare dengan kenduri kat bandar ni... Suasana kat kampung lagi meriah... Seronok sangat2! Tapi yang tak syoknya lupa bawak kamera la!!! geram betul tak dapat nak tangkap moment2 yang best... haish.. Ada pun gambar beberapa keping je...


So malam sebelum majlis berlangsung tu kita orang semua pakat-pakat tolong pack ' goodies bag' untuk tetamu esoknya la kan.. Ramai jugak... Yang membuat saya teruja nya kenduri kat kampung ni, orang muda terutama lelaki semuanya turun sama-sama merewang tau.. lelaki potong bawang susah tu nak tengok.. hahahaa... Tapi tu la beza yang kita boleh tengok antara budak-budak bandar dengan kampung kan? Dorang memang rajin sangat2.... Seronok tengok dorang buat kerja... Saya pun tolong juga ok! tak tengok je.. :P


bunga telur

goodies bag untuk tetamu

Pagi tu pulak dalam pukul 10 pagi macam tu saya pergi ke masjid temankan sepupu saya untuk acara Akad Nikah pulak.. Pengantin lelaki nampak cool je, boleh pulak gelak-gelak depan tok kadi.. Rasa nak sekeh je pale dia... hahaah... Btw, before akad nikah tu adalah sesi 'training' terima lafaz.... Sengal betul pengantin lelaki tu.... Asek buat saya gelak je... Tak tahan tengok gelagat dia.. tak tau la dia neves ke or over excited nak akad nikah tu... Time training ok lagi, bila yang akad nikah yang betul-betul punya dai boleh pulak senyap sampai tok kadi cakap ' hang pasai apa sengap??' nak tau dia jawab apa?? ' laaa.. ingat kot duk training lagi' haahahah.. adui.... masa tu tak tau la nak cakap apa.. Memang gelak tahap gaban punya la saya... Sampai rasa nak gi cekik dia dari belakang pun ada... hahaha... Alhamdulilllah selamat juga majlis akad nikah tu....  Maka selesai lah majlis tuk pagi tu...

selesai akad nikah... :)


Lepas akad nikah, saya dan kakak saya teman sepupu saya pergi bersiap-siap untuk bersanding pulak.. Dekat 2 jam jugak la nak mekap apa suma... Perghh.... Lama gak kan... Tema dia warna MERAH.. So adalah beberapa gambar yang boleh ditonton...Korang tengok je la noh....


pengantin lelaki pun kena bersiap molek2 juga

neves ni.. :P


happy foreva..




makan beradab.. :)




Kahwin dah sepupu ku ini. Semoga 'maklang' bahagia disamping suami tersayang..... Mudah-mudahan berkekalan sehingga akhir hayat nanti... Amin...... :)


Mar 3, 2011

Modul 2! Jeng.. Jeng.. Jeng..

Assalamualaikum..... 
Waduh2.... Lately ni bz betul hidup ni... Bz dengan buku-buku... Minggu test la katakan... So dah settle test Journalism, Advertising and Translation... Minggu depan ada lagi test... hukhuk... :(

Hari ni agak free la, so ambek kesempatan ni update skit moment-moment baru... hehe..
Ok, ni nak share sikit pasal Modul 2 hari tu... Modul tu hari sabtu lepas (26 Feb) best gak arr...Saya group 3. Pagi tu lecturer yang guide kita orang Madam Hayati Ramlee.. Dia baik sangat... Dulu ajak saya sublecj psychology... Modul kita orang best tau.. Kalau budak-budak group lain buat dalam kelas, kita orang pulak spesial sikit.. Kami buat kat luar! Kat tasik Shah Alam... hehehee.... Memang tak bosan laa.. Tapi buat setengah hari je kat sana sebab nak hujan dah tengahari tu, then balik faculty sambung... So kat tasik sana kita orang buat aktiviti cam 'Orang Buta and yang paling menarik sekali LAKONAN!! Ada group yang btul2 pandai berlakon arh... Memang kelakar gila arh!! Ada beberapa video untuk korang tengok.. Tapi kalau ada kat tempat kejadian mmg lawak gila! tak tahan perut ni asek gelak je... Dah la time tu suara tengah tak ada... Macam rockers punya suara dah...
As usual, kalau dah outing macam tu, gambar mesti lah tak dilupakan.. weee~~~
Yang aktiviti dalam kelas pulak kita orang kena buat emosi yang diberi dengan menggunakan perkataan SAYANG, SAYANG, SAYANG, SAYANG.. Ada video gak ni.. Tapi tak berapa jelas but still boleh tengok la..Overall Modul 2 ni sangat best! Next sem lau camni lagi kan enjoy.... :)
Ok, silalah mejamu selera dengan video n gambar2 ni ek... :) 

Video salah satu group yang berlakon.. Sengal btul dorang ni, tp best gak la.. Lawak..

 

Video : SAYANG.. SAYANG.. SAYANG.. SAYANG..

 


sambil menyelam minum air.. :)

syusyui n me!
:)
syusyui, yaya, aimi and tessa

1 group..



pelawak buat persembahan.. :P


baju putih tu la Madam Hayati

group yang lain..

practice berlakon gitu..



time ni tunggu makanan sampai.. :)

tengah berlakon.. hahaah



cari inspirasi tu...

jauhnye dorang bincang.. :P




Toink! Toink! Abes..