Aug 1, 2011

Putus Tunang Angkara Orang Ke-3?

Waarhhhhhghhh.... Sejak cuti semester ni tak ada masa langsung nak update blog ni. Rindu sangat sangat sangat.. Sejak beberapa hari ni  kat surat khabar kalau anda semua tengok mesti tau kan berita mana paling  hot sekarang. Haa... mesti korang semua dah tahu kan isu mengenai 'putus tunang' Penjaga Gol number satu negara kita Khairul Fahmi Che Mat dengan tunangnya Elia. So berita ni kira menggemparkan juga lah..  Dengar cerita puncanya orang ketiga? Betul ke? Susah betul lah kan kalau ada orang ketiga ni.  Macam tak ada orang lain je nak kacau. Ok, Tujuan saya create post ni sebab saya nak bagi pendapat saya sendiri mengenai hal mereka ini.. First of all, bukan niat saya untuk menyebelahi mana-mana pihak, ianya hanya sekadar pendapat.. 



Laporan penuh daripada Metro Ahad 31 July, 2011
Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wartawan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannnya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan dan kata-kata kesat. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan makcik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggikan suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun masalah antara kami memang sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga yang mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier saya sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun saya masih muda. Banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.


Pada saya, mengenai tindakan Elia sendiri yang tahu dirinya dengan K. Fahmi mengalami masalah, seharusnya dia tidak perlulah meluahkan rasa sakit hati, kesedihan dia di laman sosial terutama facebook or even blog. Bukan apalah, dia sendiri tahu yang Khairul Fahmi dan diri dia sendiri dikenali ramai terutama bloggers dan tak lupa juga wartawan-wartawan yang sememangnya akan selalu  menjadi 'stalker' untuk cari bahan baru a.k.a hot news. Bila Elia publish benda-benda macam ni, secara tak langsung ianya menjadikan kenyataan itu sendiri sebagai bukti bahawa dia dan tunang dia ada masalah. Seelok-eloknya perkara macam ni boleh dibawa bincang dengan baik dan mungkin juga boleh settle secara baik. Bila dah masuk paper muka depan pulak, benda ni dah memalukan kedua-dua belah pihak itu sendiri.  





Laporan penuh daripada Metro Isnin 1 Ogos, 2011

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

 Dari segi tindakan Khairul Fahmi pula yang dikatakan memberi kenyataan akhbar bahawa beliau mengambil tindakan untuk putus tunang dengan Elia tu pada pandangan saya ianya menampakkan sendiri bahawa dia sememangnya ada sesuatu yang disembunyikan dan sekaligus mengiakan lagi isu hal yang kononnya dia ada perempuan lain. Bro, kenalah matang sikit. Bincang baik-baik dengan family kedua-dua pihak. Kalau betul-betul tak ada hubungan or cerita yang didengar tu semua mengarut, jelaskan pada pihak masing-masing, mesti boleh selesai. Masa buat majlis pertunangan tu bukan main masak-masak, benda serious kenalah fikir betul-betul sebelum bertindak kan. Tapi macam mana pun saya doakan mereka berdua dapat selesaikan hal mereka dengan baik. Tak sayang ke hubungan korang yang dah sekian lamanya. Takpelah, kalau ada jodoh, adalah kan..  Jangan lah cepat melatah ok.

Ok, ini hanya sekadar pendapat saya sahaja ok. Tak ada niat nak menyebelahi mana-mana pihak pun. Apa-apa pun, good job Khairul Fahmi Che Mat di atas prestasi cemerlang anda sebagai Penjaga Gol Malaysia. Anda ada potensi. 

P/S : SEDANGKAN ORANG YANG SUDAH KAHWIN PUN BOLEH BERCARAI BERAI INIKAN PULA YANG BARU BERTUNANG.



Ok guys, till here.. Bubye..

4 comments:

  1. ye lorr menyampah btulla kan.. susah nk cr org yg setia dan jujur skrg ni.....

    ReplyDelete
  2. ayuuu... bercarai tu apa?? :P

    ReplyDelete
  3. sebenanye kan ayu... masalahnye ak rse they r too young to involve in a relationship like a marriage.. dsbbkn bila dua2 dh makin naek... so makin la byk yg jeles dgn hubungan dorg... sebenanye dorg tak matang la kan senang citer....

    ReplyDelete
  4. sbnrnye ...si elia tu pn dok sibuk sangat cerita itu ini...lelebih nak jadikan diri nye selebriti/dikenali ramai...biasanya lelaki akan rimas...thats my opinion..

    and x disangkal jugak apek pn ngah famous so ramai peminat2 pmpn...
    kalau aku pn akan berfoya2 ;P

    ReplyDelete