Sep 24, 2011

Yang Pergi Tak Akan Kembali

Assalamualaikum.......
Sayu, Terkilan, Sedih, Dukacita...... 
Semua perasaan serba salah menyelubungi hati ini.... Pada 23hb September 2011, jam 2.00 pagi, telah perginya seorang insan yang amat aku sayangi iaitu Che Ah @ Zahrah Yusof iaitu Atok ku (nenek) meninggalkan dunia yang nyata ini dan sekaligus meninggalkan insan-insan yang menyayangi dirinya... Rasa sangat sebak kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.. Tatkala arwah bertanya tentang aku pada ibuku disaat terakhirnya, aku hanya dapat mengalirkan air mataku sahaja.. 

Pada jam 2.00 pagi pada 23hb lalu, aku tak tahulah kenapa aku tidur sampai hp aku berbunyi berapa puluh kali pun aku tidak sedarkan diri... Pelik... sangat pelik kerana selalunya aku mudah terjaga bila hp berbunyi.. Oleh kerana ahli keluargaku tidak dapat menghubungiku, mereka pun terus gerak pulang ke kampung (KEDAH)... Apabila sedar, aku terus menelefon keluargaku, tidak dapat ku tahan sebak didada ini... Tak sangka... Rasa macam tak percaya.. Aku berharap sangat ianya hanya sebuah mimpi... Namun apakan daya, ianya suatu yang nyata, suatu yang telah terjadi dan bukannya satu mimpi... Atok kesayangan ku telah meninggalkanku.. Apa yang boleh ku lakukan hanyalah Doa aku kirimkan... Semoga roh ATOK ku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Amin.. Amin.. Amin.. 



Video : Hanya video ini yang dapatku lihat buat kali terakhir... Sesungguhnya atok seorang yang amat disayangi semua anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan saudara mara yang lain.. 


Wahai Allah, ampunilah Che Ah@ Zahrah Yusof naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.







p/s  :     SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

No comments:

Post a Comment