Oct 4, 2011

Awesome ALENGTOHARA


Assalamualaikum dan hai2 u olls! :)
Ok, entry kali ni saya nak citer skit mengenai seorang jurumekap professional yang saya kenali dengan nama panggilan ALENG. Beliau merupakan seorang makeup artist yang pada saya sangat professional dan sangat TAK KEDEKUT ILMU. Ini yang dapat saya lihat bila saya bertemu dengan beliau beberapa hari yang lepas semasa membantu seorang rakan dengan Final Projek TVC dia. Jarang kita jumpa orang yang tak lokek nak share apa yang dia ade dengan orang lain. This person superbly friendly and senang mesra dengan orang lain. Even saya sendiri comfortable dengan dia.

This is him : ALENG

Sharul is Aleng's Assistant.. :)


By the way, ALENGTOHARA merupakan brand beliau sendiri dimana beliau memberi service untuk pakaian pengantin, makeup, also freelance.. Kalau u olls nak tahu dengan lebih lanjut bolehlah layari laman web ni ok www.alengtohara.com.my kat website ni ada macam-macam gambar dan details beliau. So apa tunggu lagi mai usha skit beberapa keping gambar saya yang dimekap & diambil oleh beliau dan pembantunya Sharul semasa membantu menjayakan projek seorang kawan iaitu Boboboi. :P







OK, TILL HERE... BUBYE

Sep 24, 2011

Yang Pergi Tak Akan Kembali

Assalamualaikum.......
Sayu, Terkilan, Sedih, Dukacita...... 
Semua perasaan serba salah menyelubungi hati ini.... Pada 23hb September 2011, jam 2.00 pagi, telah perginya seorang insan yang amat aku sayangi iaitu Che Ah @ Zahrah Yusof iaitu Atok ku (nenek) meninggalkan dunia yang nyata ini dan sekaligus meninggalkan insan-insan yang menyayangi dirinya... Rasa sangat sebak kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.. Tatkala arwah bertanya tentang aku pada ibuku disaat terakhirnya, aku hanya dapat mengalirkan air mataku sahaja.. 

Pada jam 2.00 pagi pada 23hb lalu, aku tak tahulah kenapa aku tidur sampai hp aku berbunyi berapa puluh kali pun aku tidak sedarkan diri... Pelik... sangat pelik kerana selalunya aku mudah terjaga bila hp berbunyi.. Oleh kerana ahli keluargaku tidak dapat menghubungiku, mereka pun terus gerak pulang ke kampung (KEDAH)... Apabila sedar, aku terus menelefon keluargaku, tidak dapat ku tahan sebak didada ini... Tak sangka... Rasa macam tak percaya.. Aku berharap sangat ianya hanya sebuah mimpi... Namun apakan daya, ianya suatu yang nyata, suatu yang telah terjadi dan bukannya satu mimpi... Atok kesayangan ku telah meninggalkanku.. Apa yang boleh ku lakukan hanyalah Doa aku kirimkan... Semoga roh ATOK ku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Amin.. Amin.. Amin.. 



Video : Hanya video ini yang dapatku lihat buat kali terakhir... Sesungguhnya atok seorang yang amat disayangi semua anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan saudara mara yang lain.. 


Wahai Allah, ampunilah Che Ah@ Zahrah Yusof naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.







p/s  :     SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

Aug 1, 2011

Putus Tunang Angkara Orang Ke-3?

Waarhhhhhghhh.... Sejak cuti semester ni tak ada masa langsung nak update blog ni. Rindu sangat sangat sangat.. Sejak beberapa hari ni  kat surat khabar kalau anda semua tengok mesti tau kan berita mana paling  hot sekarang. Haa... mesti korang semua dah tahu kan isu mengenai 'putus tunang' Penjaga Gol number satu negara kita Khairul Fahmi Che Mat dengan tunangnya Elia. So berita ni kira menggemparkan juga lah..  Dengar cerita puncanya orang ketiga? Betul ke? Susah betul lah kan kalau ada orang ketiga ni.  Macam tak ada orang lain je nak kacau. Ok, Tujuan saya create post ni sebab saya nak bagi pendapat saya sendiri mengenai hal mereka ini.. First of all, bukan niat saya untuk menyebelahi mana-mana pihak, ianya hanya sekadar pendapat.. 



Laporan penuh daripada Metro Ahad 31 July, 2011
Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wartawan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannnya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan dan kata-kata kesat. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan makcik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggikan suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun masalah antara kami memang sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga yang mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier saya sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun saya masih muda. Banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.


Pada saya, mengenai tindakan Elia sendiri yang tahu dirinya dengan K. Fahmi mengalami masalah, seharusnya dia tidak perlulah meluahkan rasa sakit hati, kesedihan dia di laman sosial terutama facebook or even blog. Bukan apalah, dia sendiri tahu yang Khairul Fahmi dan diri dia sendiri dikenali ramai terutama bloggers dan tak lupa juga wartawan-wartawan yang sememangnya akan selalu  menjadi 'stalker' untuk cari bahan baru a.k.a hot news. Bila Elia publish benda-benda macam ni, secara tak langsung ianya menjadikan kenyataan itu sendiri sebagai bukti bahawa dia dan tunang dia ada masalah. Seelok-eloknya perkara macam ni boleh dibawa bincang dengan baik dan mungkin juga boleh settle secara baik. Bila dah masuk paper muka depan pulak, benda ni dah memalukan kedua-dua belah pihak itu sendiri.  





Laporan penuh daripada Metro Isnin 1 Ogos, 2011

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

 Dari segi tindakan Khairul Fahmi pula yang dikatakan memberi kenyataan akhbar bahawa beliau mengambil tindakan untuk putus tunang dengan Elia tu pada pandangan saya ianya menampakkan sendiri bahawa dia sememangnya ada sesuatu yang disembunyikan dan sekaligus mengiakan lagi isu hal yang kononnya dia ada perempuan lain. Bro, kenalah matang sikit. Bincang baik-baik dengan family kedua-dua pihak. Kalau betul-betul tak ada hubungan or cerita yang didengar tu semua mengarut, jelaskan pada pihak masing-masing, mesti boleh selesai. Masa buat majlis pertunangan tu bukan main masak-masak, benda serious kenalah fikir betul-betul sebelum bertindak kan. Tapi macam mana pun saya doakan mereka berdua dapat selesaikan hal mereka dengan baik. Tak sayang ke hubungan korang yang dah sekian lamanya. Takpelah, kalau ada jodoh, adalah kan..  Jangan lah cepat melatah ok.

Ok, ini hanya sekadar pendapat saya sahaja ok. Tak ada niat nak menyebelahi mana-mana pihak pun. Apa-apa pun, good job Khairul Fahmi Che Mat di atas prestasi cemerlang anda sebagai Penjaga Gol Malaysia. Anda ada potensi. 

P/S : SEDANGKAN ORANG YANG SUDAH KAHWIN PUN BOLEH BERCARAI BERAI INIKAN PULA YANG BARU BERTUNANG.



Ok guys, till here.. Bubye..

Jun 3, 2011

Hobi Kami Karaoke Ke?

Warggggghh!!! Finally leh update blog!! Sejak keje ni nak on9 pun kejap-kejap je... Haish.... Eh lupa lak... Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian rupa... :)

Haaa... Karaoke... Karaoke... Karaoke....


saya suke karok walau suara tak sedap ape saya kesah! heheeh


Ini citer dua minggu lepas punya... Actually, dah plan ni masa sebelum start cuti sem lagi... hahaha.. Akhirnya, saya, Meen n Nabila (dekla) telah berjaya melepaskan gian karok bersama-sama walaupun ada geng yang tak dapat nak join!! Finally dapat gi karok gak.. A week before nak pergi tapi tak jadi, so cancel.... So apa lagi, kita orang balas dendam laaa.... hahahaa... Kami pi karok dekat Red Box Sunway Piramid! Pukul 11 pagi dah terpacak depan sana dah... hahaha...

cam nak makan je mike tu... ngee~~

heppy2... :)

ape-ape pun begambo dulu.. heehe

Pilih lagu apae tu dek... :)

weewiiitt!! macam artis dah meen.. sakan.. sakan.. haha

Syok abes karok 2 jam gak ar.... Sambil karok, sambil makan... Memang layan habis la.. Lagu jangan cakap la, macam2 jenis lagu kita orang bantai dari Dangdut, Pop, R&B ade arghhh macam2 lah.. Lagu New Boyz pon leh jadi gak.. hahaha.. 

Kami nyanyi lagu New Boyz Ok.. hahahaha.. Sumpah lawak!! ( gambar curi dari meen)


nasi lemak dekla ni nampak sedap je.. banyak lak tu...


air dia tak nak besar sangat pulak.. memang tak habis la.... air dekla laici kecik je gelas dia.. hahaha

makanan ku dan meen... nampak sedap gila tapi rasa dia biasa je..
baik-baik dek, kang tumpah... :P

Lepas karok, kami pi jalan-jalan jap.. Saya nak cari baju Kemeja putih.. Citernye petang tu first day saya kena start keje.. heheeh.. Sempat lagi pi Karok en..  Karok punya pasal sanggup beb.. Lepas jalan punya jalan jumpa jugak baju yang dicari... hikhikhik.. 

Lepas karok and shopping, kita pi makan!!Nando's pon boleh lah.. Padahal dah makan dah masa karok tu.. Tapi makan lagi sebab dekla  tiba-tiba lapar balik.. heheeh... Hidup mesti kena makan.. Tapi badan cekeding gak tak naik2 pun.. huhuh... :( haa.. sambil2 makan tu mesti ada snap-snap gamba punyalah... Tu benda WAJIB buat... hahaha... Pape pun, enjoy n best sangat dapat karok! hahaa.. Eventhough kena balik awal sebab saya kena keje petang tu.. uhhuhuhu.....

:)

dekla mara ke tunggu makanan lambat sampai.. heheeh
bersama laila.. eh silap, meen... :)

P/s : Anyway, kepada Meon, Fyna and Khosmin.. Next time pastikan anda semua dapat join ok!! Baru lah gegar Red Box tu... heheeh... 

Okeyh la, nak rehat-rehat lak... 

Till here, Daaaaaaa~~~~

May 24, 2011

Siapa 3 Jejaka ni?

 
SIAPA DEPA NI HA?? :)

3 Jejaka Sengal Ubi?



Ok, dah 4 hari buat kerja part time masuk pagi balik malam.. So hari ni masuk shift petang pulak!! Yeahhh!! Boleh la update blog hari ni.. Dari haritu lagi nak post entry ni tak terpost2... Btw, actually saya ada 3 orang sahabat yang sangat2 'Sengal Ubi' yang telah menghantarkan soalan untuk entry yang ni iaitu Mr. Sani Stark, Wan Zakree and last but not list, Mr. Ajim.. Merekalah 3 jejaka yang saya maksudkan!! heheeh.. Thank you guys! Moh kita tengok soalan ape yang mereka bagi... 
By Sani Stark!

hey2... dia ni banyak bagi idea2 bernas... :)


1.      SIAPA yang saya tunggu???
Tunggu ape ek Sani Stark? Tak specific sgt so susah nak jawab.. Tunggu buS ke? Tunggu Teksi ke? Heheeh...



2.      SIAPA yg menjadi inspirasi saya sehingga menjadi seorang pembuat teh tarik yg hebat???
 Hahaha.. Soalan dia ni buat saya gelak tiba2 jap.. Ha, inspirasinya dari mamak2 yang jual teh tarik yang tak sedap.. Memandangkan mereka buat tak sedap, lalu saya pun berusaha menghasilkan teh tarik yang paling sedap dialam semestaaaaaa!!!



3.      SIAPA yang akan membuat kan you takkan gelak jika u marah???
 Siapa ek? Hmm.. Bab2 marah ni susah sikit nak cakap.... Saya ni Kalau marah memang marah, tapi muka marah tu tak leh nak bagi orang takut sangat sebab muka nak gelak je, tapi tengah marah tu... Haish.. So nak dijawab soalan ni, orang yang takkan buat saya gelak kalau saya marah maybe stranger? Or maybe orang yang muka nak makan penampo ke? Or maybe yang berjaya buat saya nak tumbuk2, blasah dia, sekeh2 dia... haaa.. camgitu la kot...



4.      SIAPA yg selalu tangkap pict2 u??? sume cantik2...
Picture2 saya cantik ke? Most of the picx tangkap pakai kamera hp je.. Kalau dah kamera hp tu sape lagi kalau bukan kawan-kawan yang tolong snap, tak pun snap sendiri... lalalalalaaa~~~



5.      SIAPA yg akan u call jika u sedih???
Hmm.. Lau saya sedih tak de la pulak saya call sapa2.. Biasa saya kalau sedih, saya sendiri-sendiri je.. Tak call sapa2... Tapi kalau saya tengah on9 adalah gak saya share-share dengan kawan-kawan baik saya macam WZ, ZZ, SS.... tgk keadaan gak la..


6.      SIAPA yg selalu abiskan mknan u klau u tak abis???
 Wah, ni soalan ni mesti based pada entry sebelum ni kan kan kan... Hmm.. Kalau keluar dengan kawan-kawan, biasanya kalau tak habis ada la kot yang tolong habiskan... ngeee~~ Tapi kadang2 kalau tak habis tu, tak de sape habiskan pun... Bia cam gitu je..Membazirkan? huhuhuh...


7.      SIAPE yang selalu u chatting kalau u online???
Haaa.. Kalau on9 biasa yang rajin masuk chat dengan saya Wan Zakree, Snow Wolf, Zalikha Zamri, Sani Stark, dan adalah yang lain tu kadang2... So far nama-nama ni yang rajin duk chat..  heeheh



8.      SIAPA yg pernah bagi you hadiah besday yg paling best???
Hadiah birthday yang paling best daripada siapa ek? Hmmm.. Semua orang yang bagi hadiah kat saya semua hadiah tu BEST! Saya hargai sangat2.... So semuanya best ok? Hehehe



by Wan Zakree!

dia ni kawan bek sejak azali lagi... :)

9. SIAPA budak-budak kelas yang selalu buat you ketawa, gelak tak henti2?
Eh2, menyibuk lak u eh.. Haa.. Kalau budak kelas yang selalu buat lawak confirm2lah si Ika, Dolly dengan Uchan.. Dorang tak buat lawak pun dah lawak dah tgk.. haha Tu je jawapannye... lalalaaa


10.  SIAPA orang yang paling jauh selalu call u?
Elehhh.... nak i cakap dia la tu.. Yerla2, honestly orang paling jauh yang kerap call I anda je Wan Zakree.. Suka menyibuk hal I sangat en en en.. Duk diam2 kat Jepun tu... Jaga Gyna bek2.. hhaaha.. :P


11. SIAPA orang yang paling banyak buat u sakit hati?
Sakit hati? errkk.. sape ek.. Ada la dulu... Paling sakit hati la dia buat, tapi what past is past.. I da lupa dah semua benda yang sakit hati tu.. Hepy2 je sekarang.. heeheh




by AJIM!

p/s mulut tu jgn nak muggil sgt eh.. hahaah..


12. SIAPA yg selalu buat keje rumah, u ke sis?
Hehehe.. Mestilah sama2 buat.... Apa yang penting? Kerjaaaasaamaaa (Wonderpet)


  13. SIAPA selalu buat u happy? family? kwn2? or kucing2 pape binatang ke?
Hmm.. To be honest, saya banyak gelak2 bila dengan kawan.. Tapi tak bermakna saya tak happy dengan keluarga sendiri ok! Kat rumah ni pun ada time lawak, memang lawak habis.. 


  14. SIAPA yg sengal? i ke u? hehee..
Ok Ajim, jawapan I confirm2 lah you yang sengal.. hahaha.. SENGAL UBI.. Llaalalala~~


  15. SIAPA yg nakal dalam family u?
Siapa ek yang nakal? Hmm.. I BAIK je... Tak nakal lalala~~~ so kesimpulannya tak de siapa nakal. Semua baik! Heheeh


  16. SIAPA yg u suke ek skrng ni?
Wow, soalan cepuk EMAS ni.. Suka siapa ek? Skang ni I tgah suka kat Baim Wong... Camne ni... 
Tolong la I... lalalaaa~~~



Ok, udah2 la ye kita main2 soalan... Kang lagi banyak lagi kantoi semua benda.. hehehee.. Mekacih orang-orang kat atas ni yer ~~  Till here kawan2.. Love Ya! :)




May 19, 2011

17 Soalan Mengenai Diri Saya?



Hai semua!! Haa.. Dah 2 minggu cuti sem rupanyakan... Fuhh!! Cepat je masa berlalukan?  Hari ni saje nak tambah entry baru.. Tengah-tengah hujan ni sejuk nyeeeee..... Alrite, hari ni saya nak tulis sikit beberapa perkara yang saya akan tanya dan jawab.. Sebab tu tajuk Entry ni “Kenapa? dan Sebab? “ Heheehhe.....  Ok, Jom kita mulakan!!





 1. KENAPA saya letak nama ROHAYU ROCHER?

SEBAB, ROHAYU tu memang nama saya dan ROCHER tu pulak saya ambil sempena nama chocholate kegemaran saya FERERO ROCHER.. Maka jadilah ROHAYU ROCHER!! Heheeh...





2. KENAPA saya tak suka makan sayur?

SEBAB saya sendiri pun tak tahu kenapa.. Tapi ada juga certain sayur saya makan. Tapi tengok time juga. Kalau kena time rasa boleh telan, saya makanlah..





3. KENAPA saya tak gemuk-gemuk?

SEBAB untuk ni ape ek? Hmm.. Ini yang menjadi tanda tanya pada diri saya sendiri... Haish... Bilalah saya nak gemuk ni (i mean berisi sikit lah)... Orang asyik panggil saya keding je.. huhuhuh... keding sangat ke saya ni? Tunggu la t, bila saya dah berisi saya pergi depan rumah korang2 yang cakap saya keding saya ketuk pintu rumah korang tau!! Tunggu!!





4. KENAPA saya masih single?

SEBAB, tak de sape nak kat saya pon.. FULLSTOP!





5. KENAPA saya suka ON9?

SEBAB bila on9 boleh sembang dengan kawan-kawan.. Kawan-kawan tempat saya gelak sorang-sorang, cakap sorang2, and ape lagi ek? Ha! Kalau on9 boleh update benda2 baru.. Gosip2 artis, kawan-kawan dll..




6. KENAPA saya suka KAROK?

SEBAB saya suka menyanyi lah (even suara tak sedap pun ape aku kesah).. hahaha





7. KENAPA kadang-kadang orang kata saya sombong?

SEBAB muka saya kalau time tak bercakap and duduk diam memang macam sombong.. Tapi saya tak sombong! Sekali orang tegur saya, berpatah-patah saya tegur orang balik tau..





8. KENAPA saya suka AYAM SERAMA?

SEBAB dulu saya pernah bela 3 ekor ayam serama yang somel and manja gila! Balik sekolah je mesti saya akan terkam pergi ke reban ayam mereka untuk bermanja-manja.. Ayam-ayam tu siap boleh tido atas riba lagi tau.. Kau ada?? Hahaha.. Rindu kat CHOMBI, BIBI dan TOKWAN... Dah jd arwah dah ayam ni..




9. KENAPA saya suka jalan-jalan?

SEBAB saya  memang kaki jalan! Haha.. Ajak je mana nak pergi, mesti ON aja kalau tak de halangan lah...





10. KENAPA  saya suka FERERO ROCHER?

Sebab itulah chocholate paling cantik dan lazat pernah saya makan!!! (ok, dah teringin)




11. KENAPA saya susah nak marah orang?

SEBAB ape ek? Entahlah, bukan susah.. Cuma bila nak marah je nanti mesti gelak... Padahal tengah marah ni.. Ada cara tak nak control gelak time marah? Haish..




12. KENAPA kat rumah saya yang selalu buat air (cnth : Teh tarik)

SEBAB saya buat sedaplah... Tak tau lagi kew.. lalalala




13. KENAPA saya tidur kadang2 terbuka mata ?(Zalikha Zamri tanya)

SEBAB...........erkkk.. Ntah le.. Dah mata nak terbuka nak buat cam mane.. ahahaaha...




14. KENAPA saya selalu makan tak habis? (Zalikha yang tanya)

SEBAB saya punya perangai macam tu kot.. Ambik sikit macam mana pun mesti tak abes.. Kalau habis tu ajaiblah!  Buruk perangaikan? Ahaha




15. KENAPA bila jalan suka  jalan laju-laju? (Zalikha yang tanya)

SEBAB kaki ni panjang sangat kot... tu laju je jalan.. Proactive gitu.. hahahaah





16. KENAPA saya suka pakai tudung macam kat background blog saya? (snow wolf from balkan aka budak sengal)

SEBAB saya suka style macam tu.. Nampak ala-ala arab punya style gitu... 





17. KENAPA saya nak dok hostel taknak duduk luar kampus? (snow wolf from balkan aka budak sengal)

SEBAB saya takut nanti duduk luar saya kuat berjalan.. Sebab saya kaki jalan.. And saya kalau duduk kolej senang sikit nak buat study group dengan member memandangkan takde transport.. hehehe..




Ahaa!!  Untuk slot KENAPA ni takat ini dulu yer... Nantikan slot 'SIAPA' pula dalam next entry.. Kalau anda nak bagi soalan pun boleh.. :)

Till here.. Daaa~~~








May 8, 2011

Buat Bondaku Tersayang! Happy Mothers Day... :)


Assalamualaikum Semua... Hai hai! :)
TUKAR MOOD LAGU SEMPENA HARI IBU NI.. :)


Ok, sempena Hari Ibu ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada bonda tercinta saya ROHANI BT AWANG yang sangat-sangat saya sayangi, cintai, kasihi dan segalanya lah...Tidak lupa juga kepada semua yang bergelar Ibu... :) Mak, adik sayangkan mak sangat-sangat.... Adik doakan mak sihat sentiasa and happy2 selalu... Mak selalu buat kami semua gelak dengan lawak mak... Kat rumah ni kalau mak takda sehari rasa lain je rumah... Tak dengar riuh rendah suara mak pagi-pagi buat hati rasa tak tenang je... Sebab tu kalau kat Kolej pun hari- hari adik call mak sebab tak boleh kalau tak dengar suara mak.. Kejap pun jadilah.. :) Mak selalu beli buag Mangga untuk adik kalau nampak ada orang jual sebab mak tau adik suma makan buah mangga kan mak...?? :) Sampai kembung perut makan buah mangga je... hehehe.... hmm.. I cant live without u mum... :(
Love u.. Love u.. Love u.. Love u.... 
Jasamu akan ku kenang mamito... :) May Allah Bless U Always...

Inilah bonda tercintaku.... Lap u mamito.. :)


UCAPAN HARI IBU DARI ANAK KEPADA IBU & DARI IBU KEPADA IBU??



Sedikit ucapan buat bonda dari Saya dan kakak.. :)

Ucapan dari ibu kepada ibu... :) mak pun nak buat dedikasi juga... Banyak kali ambik video ni sebab asyik gelak je... Laju je cakap eh mak.. heheeh..
(nada mak macam sedih sangat je)


SELAMAT HARI IBU

dengarkanlah lagu, lagu ku ini
ikhlas dari hati hanya untuk mu
aku lah anak mu, anak mu yang selalu
memelukmu menciummu

memang banyak dosa yang telah ku lakukan
menyakiti dikau ku mohon maafkan

selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
walau ku jauh disiniku harap kau terus
menanti kepulangan ku tuk menemani
mu hingga ke akhir nanti, aku janji

kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
punyai pari-pari iaitu kamu
ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
inginku nyatakan kau milik syurga

memang banyak dosa yang telah ku lakukan
menyakiti dikau ku mohon maafkan

selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
walau ku jauh disiniku harap kau terus
menanti kepulangan ku tuk menemani
mu hingga ke akhir nanti, aku janji



Till here..... Bye bye bye..... 
....LOVE U MUM...

May 4, 2011

Kena belasah dengan TEPUNG?

Salam... :)
Ha! Tengah-tengah free ni nak updatelah sikit moment- moment baru...  Hari ni nak upload gambar masa Birthday Isyad (classmate) hari tu... Citer dia kita orang study group sama-sama kat bangunan NR hari Ahad tu.. Dari tengahari samapi malam.. Then lepas study tu rasa lapar la kan.. (memanjang lapar) Nak dijadikan cerita, kami (Isya, Zhafir, Mira, n Ika) plan nak makan kat Kg Baru.. So ok lah semua setuju... Masa tu kat rumah Mira tengah tunggu Zhafir lambat datang.. Then tengah main Facebook tengok-tengok birthday si Isyad ni... So apa lagi plan mengejut la.... Kita orang semua tak wish langsung kat dia..  Semua buat bodoh je.. Isyad pun relax je kan... Padahal kat kita orang dah ada telur! yang tak de sekarang tepung je!!! Adoi masa tu pk mana nak dapat tepung tengah malam ni kan.. Takpe, telur ada! Dah sampai kat kedai makan Kg. Baru tu, rupanya ada kedai yang masih lagi buka. Memang cun lah!!! Buat taktik la pi kedai beli tepung sekampit... Masa tu si Zhafir ingat kita orang tak beli tepung lagi... Jap lagi bila dah duduk je, dia datang je msg kata dia dah beli tepung gak 2 kampit.. Memang gelak dalam perut la jawabnya... hahahaa... Bengang je Zhafir sebab kita orang tak bagi tau... Macam mana nak bagitau dia dah time tu pun kebetulan je... Takpe, sekarang ni ada 3 kampit tepung!! Memang boleh buat kuih dah la weyh... hahaa...

Ok, lepas dah kenyang perut kita orang pun gerak balik.. Zhafir hantar kita orang kat rumah sewa Mira.. Tido kat sana... Then masa tu lah segalanya bermula!! Mulanya dengan Zhafir gi peluk si Isyad, pastu aku pun gi tepek telur kat muka dia.. Mesti sakit kan.. haaha... Padan muka ko Isyad.. :p Ok,  dah start tu, apa lagi Isyad lari lah.... Dah lama-lama tu tiba-tiba dia yang serang kita orang balik. Tah macam mana dia rampas tepung kat Ika, terus dia kejar sorang-sorang.. Memang pecut habislah semua.. Mira yang konon tak bersalah tengah bahagi-bahagi notes yang kami photostate tu bajet tak kena lah kan... Last-last ambik kau, Isyad n Zhafir bagi sampai terbaring-baring Mira.. haahaha... Aku ngan Ika pun kena.... Nak lari jauh-jauh takot, sebab gelap.. Redha je lah Isyad n Zhafir baling tepung.. huhuhuh...Apa-apa pun malam tu memang penuh dengan tepung satu kawasan tu.. Mesti mengamuk tuan kereta yang ada kat situ.. haahaha... KAMI MINTAK MAAF ye tuan kereta sekalian... hehee... Ok, kat bawah ni adalah beberapa moment yang sempat diambil.... Till here, daaa~~~ :)

ni je yang mampu kami beri padamu Isyad... hahaha

Bday boy

Lepas main kejar-kejar..

Muka nak gangster je semua..
:)

tak tau kenapa dengan Zhafir tu.. haha


Tepung ada lagi tu... bahaya...
Ok, till here.... BYE...